pendek kate hujan..hujan..hujan..
Perubahan Hujan Bermusim di Semenanjung Malaysia
Perubahan hujan bermusim di Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama :
(a) Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia, November,
Disember dan Januari merupakan bulan yang mempunyai hujan maksimum
manakala Jun dan Julai merupakan bulan kering di kebanyakan negeri.
(b) Kawasan selain kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia,
corak hujan menunjukkan terdapatnya dua tempoh hujan maksimum dengan
dipisahkan oleh dua tempoh hujan minimum. Maksimum primer biasanya
berlaku pada bulan Oktober-November manakala maksimum skunder berlaku
pada bulan April-May. Di kawasan barat laut, minimum primer berlaku pada
bulan Januari-ÂFebruari manakala minimum skunder berlaku pada bulan
Jun-Julai. Di lain-lain tempat, minimum primer berlaku pada bulan
Jun-Julai manakala minimum skunder berlaku pada bulan Februari.
(c) Corak hujan di kawasan pantai barat daya Semenanjung Malaysia lebih
dicorakkan oleh kejadian 'Sumatras' pagi pada bulan Mei dan Ogos di
mana corak maksima dan minima berganda tidak wujud. Oktober dan November
adalah bulan yang mempunyai hujan maksimum manakala Februari adalah
bulan yang mempunyai hujan minimum. Maksimum Mac-April-Mei dan minimum
Jun-Julai tidak wujud atau kurang jelas.
info : Jabatan Meteorologi Malaysia
maknanye..sekarang da masuk Monsun Timur Laut..Jabatan Meteoroligi meramalkan hujan lebat mulai November hingga Mac 2012..dan bleh menyebabkan hujan lebat n banjir di beberapa buah negeri..
p/s: jangan lupe bawa payung setiap kali keluar umah..
No comments:
Post a Comment